Ya Allah, Engkau pandanglah wajah2 & hati2 kami yang hina ini Ya Allah..sekiranya kami tidak layak wpun selangkah masuk ke syurgaMu Ya Allah, tp janganlah Ya Allah Engkau campakkan kami ke dalam nerakaMu..sesungguhnya kami tdk mmpu menahan azab seksa nerakaMu..Ya Allah, kasihanilah dan rahmatilah kami & keluarga kami, agar dgn berkat kasih sayangMu, Engkau masukkan kami & keluarga kami ke dalam syurgaMu...amin ya Rabb

Thursday 22 December 2011

Rawat Hati


Satu hari…aku berjalan…
Mencari nikmat kehidupan….
Di dunia….yang aman dan tenang…
Beribadah kepada Allah….

Hidup di dunia hanya sementara…
Carilah ilmu yang berguna…

Meskipun jauh dari saudara…
Ayahanda bonda dan keluarga…
Hati rindu x terkira…
Demi ilmu ku tempuhi jua…

Berusaha tanpa erti jemu…
Hidupmu berjaya diredhai Allah….

Di sini ku kenal erti sahabat…
Memberi dan menerima kata sepakat
Untuk membimbing sesama umat…
Demi saudara dunia akhirat…

Kerjasama bantu-membantu
Hidup berdikari amalan yang mulia

Kerinduan pada insan yang tersayang. Usaha dan perjuangan mesti diteruskan. Ingat kembali saat melangkah ke UKM. Sedih, ada sahabat2 yang tidak bersama ketika itu. 

Tarikh 28 Jun 2009 merupakan tarikh aku mendaftarkan diri di UKM sesi 2009/2010. Hampir 3 tahun berlalu. Doa, impian dan harapan sentiasa tertanam dalam diri.

Alhamdulillah, pahit manis menuntut ilmu ditempuhi walaupun dada terasa sesak dengan timbunan kerja, masalah yang berkunjung tiba, ragam sahabat sekuliah yang bermacam-macam.Namun, dengan berkat usaha, semangat dan kata-kata perangsang menjadi kekuatan diri untuk terus berjuang. Syukur ya Allah.

Jauh perjalanan, luas pemandangan, dari jauh datang semata-mata untuk belajar di perantauan. Kerinduan pada keluarga tidak dapat dielakkan, kerisauan pada ayah bonda hanya doa ditadahkan. Ampunkan mereka Tuhan. Perjuangan di rantauan orang mesti utuh dan padu dalam mencapai segulung ijazah yang diimpikan.

Harapan dan impian ayah bonda untuk melihat anak-anaknya berjaya dan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Doa kalian tetap ku dampakan dalam meniti perjuangan di arena ini. Tanpa doa dan restumu ayah dan bonda, gelaplah duniaku. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun berlalu tanpa ku sedari.

Kegembiraan dan kebahagiaan terpancar di wajah ayah dan bonda tatkala menatap wajah anak yang dikasihinya berjaya dan terus berjaya. Kuatkan semangat wahai anakku. Walaupun ayah dan bonda tidak berpelajaran tinggi sepertimu, tapi, ayah dan bonda berbangga dapat melihatmu berjaya di menara gading. Penat lelah, jerit payah ayah dan bonda terbayar dengan kejayaanmu.


Buat sahabat2 sekalian, selagi ada masa dan kesempatan di arena ini, berjuanglah!!!.Bayangkan wajah ayah dan bonda tatkala menanti kepulangan kita dengan segulung ijazah bermakna buat mereka. Gembirakanlah hati mereka berdua dengan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Pohonlah keampunan buat mereka di sana bagi yang sudah tidak ada ibu dan ayah.  



Salam Imtihan buat kalian. Ampun dan maaf dipinta andai ada khilaf dalam berbicara.

Tuesday 20 December 2011

cinta 'ku' kecewa


Hubby Honey, Abi Ummi, Papa Mama, Abang Sayang, Baby Anja dan sebagainya adalah istilah yang sering di dengar oleh sepasang kekasih yang hangat bercinta dan berkasih-kasihan.

Luahan seorang sahabat yang pernah dikenali,
Tidak pernah diduga, hati ku dicuri oleh seseorang yang bernama lelaki…mulanya hati ku berat untuk terima lamaran namun dek takutkan jodoh x kesampaian, ku terima jua lamaran lelaki e2…ku dan dia mula declare ku dan dia sepasang kekasih

Dahulunya, ku seorang yang rajin belajar, ke library, discussion bersama kawan2, makan bersama kawan2, akhirnya ku berubah dari seseorang kepada seseorang yang lain

Di awal perkenalan ku dan dia….

Kasih sayang dicurahkan buat sang kekasih…pergi mane sahaja nampak mereka berdua...mkn, library, naik motor, pergi taman rekreasi menjadi tempat singgahan sang kekasih…kawan2 yang rapat dulunya tidak dihiraukan lagi…

Ku pernah cerita pada sambutan hari lahirnya, si dia celebrate birthday ku “Happy birthday sayang….just for u….muahhhhh n this is for u honey…thank’s hubby….i love u so much…segala-galanya untuk u sayang…”



Bila kasih sayang dicurahkan sepenuhnya untuk si dia, masa diluangkan untuk dia, duit pinjaman PTPTN perhabis untuk dia…dan segala-galanya adalah untuk dia…

Kecewa pun bertandang…


Ku sangkakan hujan hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengahari. Impian dan janji manis yang diungkapkan si dia utk jadikan ku permaisuri hatinya lebur tatkala diriku sangat menyintainya…oh TUHAN
Sayang seribu kali sayang. Murahnya harga seorang wanita kepada lelaki yang baru sehari 2 dikenali. Menyayangi 100% seseorang yang baru hadir dalam hidupnya melebihi ibu bapanya. Kasih sayang dan cinta yang baru berputik telah membutakan mata wanita tentang halal dan haram serta batasan syari’at agama.

Impian belajar di IPTA adalah impian dan harapan ibu bapa untuk melihat anak-anak mendapat segulung ijazah dan kerjaya yang baik untuk membalas jasa ibu bapa yang banyak berkorban untuk kita dan menjadi kebanggaan adik-adik yang lain. Sayang seribu kali sayang. Impian tersebut terbantut di pertengahan jalan dalam mengejar impian.


Anggaplah ia satu ujian yang Allah dah tetapkan untuk hambaNya. Ujian yang datang adalah bukti kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bertaubatlah selagi ada masa dan kesempatan. InsyaAllah, Allah Maha Penerima Taubat pada hambaNya yang benar-benar Ikhlas. Firman Allah s.w.t ayat az-Zumar (39: 53):

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Janganlah mudah untuk menabur janji pada seseorang yang belum pasti milik kita, jangan pula menyerah harga dan maruah diri pada yang bukan suami kita dan jangan percaya 100% seseorang yang baru dikenali dalam hidup kita. Jangan takut tiada jodoh untuk kita tapi percayalah jodoh, ajal dan pertemuan adalah ketentuan Allah Yang Esa. Biarlah kita menangis dengan menginsafi segala khilaf kita dan jangan kita menangis kerana kelalaian kita.




Friday 16 December 2011

Mana Kita Punya?


Mana milik kita..Tiada milik kita…Semua yang ada..Allah yang punya..Tidak ada kita punya..Kita hanya mengusahakan sahaja..Apa yang kita dapat, Allah sudah sediakannya..Mana kita punya???....
Merdu suara arwah ustaz Asri Ibrahim mengalunkan lagu “mana kita punya”?. (al-Fatihah)



Semestinya  tiada di dunia nie hak milik kita, kalau adapun hanya pinjaman dari Allah buat sementara. Kekayaan, kemewahan, kecantikan, keistimewaan, bakat dan lain2, itu adalah sementara. Tidak usah berbangga dengan apa yang kita pinjam dari milik Allah.

Tidak perlu merendah-rendahkan orang lain, menghina orang lain yang tidak setaraf dengan kita sabab semua manusia yang diciptakan Allah adalah sama disisi Allah dan yang membezakannya adalah takwa kita kepada Allah. Maksud firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat (49:13):

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

Kecantikan yang dimiliki hanyalah pinjaman sementara dari Allah buat hambanya, untuk diuji samada hambaNya bersyukur atau berbangga dengan kecantikan duniawi semata-mata.

Bagi yang kurang kecantikan berbanding daripada orang lain, jangan risau sahabat2, Allah itu Maha Adil. Kecantikan, kecomelan dan keayuan akan terserlah sekiranya baik akhlak budi pekertinya, yang kurang keparasan wajahnya, tak perlu kepada pembedahan plastik untuk mengejar dunia, bukan ke Allah sudah menjadikan kita sebaik-baik ciptaan?.

Hanya untuk mengejar kecantikan, sanggup membayar ribuan ringgit dan sanggup menyakitkan diri sendiri. Bukankah itu menyiksa atau menzalimi diri sendiri namanya. Manusia yang mampu berfikir adalah manusia yang menggunakan akal yang dikurniakan Allah dengan sebaiknya.

Kecantikan yang dimiliki oleh seorang wanita hanyalah untuk lelaki yang bergelar suami sahaja. Biarlah wanita itu kurang keputihan di wajahnya, taip disisi suami dialah yang paling cantik.

Rambut seperti ikal mayang, mata bulat, hidung mancung, bibir kemerah-merahan, adalah retorik semata-mata. Kecantikan wanita hanyalah ada dalam diri wanita itu dan diserlahkan dengan akhlak, sikap dan tingkah laku yang baik.

Apa guna wanita yang cantik wajahnya, tegar melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama. Cantiknya wanita itu ditutup rapi, dan bukan untuk ditayang-tayangkan pada khalayak ramai.

Wahai wanita2 sekalian, “Jadilah seperti batu permata yang mahal harganya, dilindungi dengan cengkerang yang keras dan sukar untuk didapati di dasar laut”.

Lihatlah persekitaran di kampus yang semestinya mahasiswi lebih ramai daripada mahasiswa. Lihat pakaian dan penampilan mereka ke kuliah. Penampilan mahasiswa vs mahasiswi sangat berbeza. Bukan nak kata mahasisiwi berstyle atau mahasiswa berstylo, tapi hakikatnya pakaian lelaki banyak yang tak formal, pergi ke kuliah hanya dengan slipper 'jamban', pakaian seperti ini seolah-olah melambangkan mereka bukan mahasiswa IPT yang diimpikan sejak dibangku sekolah lagi, kalau di sekolah dulu bolehlah ikut peraturan, tetapi hanya di sekolah sahaja, masuk IPT,  disiplin, peraturan entah ke mana. Itu  baru sentuh soal pakaian dan penampilan mahasisiwa.

Kita lihat pula penampilan mahasiswi, bergaya sakan, make-up pun mengalahkan para pensyarah…fesyen pakaian up to dateso vogue…ala2 datin gitu…tak masuk sekali dengan aksesori yang menjadi hiasan….menawan sungguh….itu tak sentuh bab tudung lagi...macam2 fesyen..paling tak senonoh di pandangan mata tudung yang macam 'bonggol unta'...apa motif pakai macam 2?mybe nak tunjuk rambut dia panjang kot..@ nak buat signal pada boypren dia kot...@ cari publisiti murahan...entah lah????tak lawa pun pakai macam 2...buat ketawa  orang yang pandang je..




Isu sekarang, perlu ke berfesyen sampai macam 2?. Ke kuliah jer pun, tapi bukan bermakna perlu ke kuliah dengan hanya memakai pakaian n kain batik, baju kurung, n berkasut tutup tp berpakaianlah KEMAS dan yang paling penting ialah MENUTUP AURAT. Berpakainlah mengikut standard mahasiswa IPT dan bukan ala2 nak pergi picnic, pasar malam atau macam artis, sedarlah diri kita sebagai mahasiswa IPT. Jaga penampilan, sahsiah, akhlak, budi bicara di varsiti kita ini. Ingatlah!!! Kecantikan yang dimiliki hanya sementara..kerana kita akan MATI bila-bila masa. Bersediakah kita menghadapi saat itu?. Astaghfirullah...



salam baiti_jannati

Thursday 15 December 2011

I LoVe RuLes


Kata-kata dalam kuliah Psikologi Masyarakat Islam petang tadi, “rakyat Iran terikat dengan peraturan negara yang mewajibkan perempuannya menutup aurat. Apabila naik kapal terbang, aurat tidak lagi tertutup, bebas daripada ikatan peraturan kepada mereka”. Teringat pula zaman sekolah menengah yang lalu,



Dulu, diri ini pengawas dari tahun 2000-2004, dari berbaju hijau kepada baju warna kuning..bertukar-tukar baju…walaupun bertukar, tapi tetap tegas dan garang pada waktu 2…
Pernah jaga pagar, tarik pagar bila cukup time..lambat denda RM0.50 sen.
Buat spotcheck bilik ke bilik hinggakan terkejut nampak ‘si pulanah’ menyorok di belakang loker…astaghfirullah…dek malas nak datang sekolah, sanggup berpeluh-peluh nyorok…al-maklumlah…akhir tahun…ustazah tak buat kelas lah katakan…
Setiap pelajar wajib pakai tudung labuh dan mesti tudung berlipat dan di pinkan dengan jarum peniti…sekiranya tak pakai jarum peniti, alamatnya RM0.50 sen. Ada 1 pagi, tudung kakak senior ditarik oleh cikgu sebab x pakai jarum peniti, kesian kat kakak senior, mesti malu, tapi nak buat macam mane?. Sape suruh tak ikut peraturan…baju putih tidak boleh dinilakan terlampau biru…alamatnya habis di semburkan dengan air sehingga ‘capuk’ lah baju 2…banyak sangat peraturan di sekolah, terlampau banyak yang perlu diikuti, ini x boleh, itu x boleh…TENSION!!!!.
Kalau lihat di sekolah2 harian biasa, tidak kiralah menengah @ rendah sekalipun, pergi sekolah sempurna dah pakaian…masuk pintu pagar sekolah, cantik pakai tudung, habis waktu sekolah, tudung melayang, masuk beg..takut dengan peraturan sekolah, tapi peraturan Tuhan tak takut langsung..inilah isu yang patut di ‘cakna’ sebab dikhuatiri hukum Allah tidak dipandang tinggi.

Peraturan sememangnya mendisiplinkan diri. Dari sekolah lah nak bentuk diri supaya ikut dan patuh dengan peraturan… peraturan bukan nak menyusahkan diri tapi untuk membimbing diri ikut kepada arahan..percayalah sahabat2 yang diri sayangi sekalian..peraturan dan disiplin sangat membentuk diri kita menjadi manusia yang baik tingkah laku..apabila seseorang akur dengan peraturan yang ditetapkan maka, di akan tegas dengan keputusan dan pendiriannya..tidak seperti lalang yang tidak ada pendirian

KH. Dr. Ahmad Fauzi Tidjani mendefinisikan disipilin sebagai kepatuhan untuk menghormati dan melaksanakan suatu sistem yang mengharuskan orang untuk tunduk kepada keputusan, perintah dan peraturan atau dengan kata lain, disiplin adalah sikap mentaati peraturan dan ketentuan yang telah ditetapkan. Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang disiplin dalam erti ketaatan pada peraturan yang telah ditetapkan.


Firman Allah dalam surah an-Nisa’ yang bermaksud (4:59):
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan RasulNya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah al-Qur`an dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”



Sunday 11 December 2011

Takut lah kak!!!



Pelik memang pelik. Pelik tapi benar-benar berlaku. ‘Menara gading’ yang diimpikan sudah dijejaki. Hanya insan terpilih dan layak sahaja mampu menjejakkan kaki di sini. Bumi UKM yang indah lagi mempersonakan. Alhamdulillah, syukur kepadaNya. Hati ini kadang-kadang berdetik benar @ tidak diri ini berada di tahun akhir pengajian. Pasti betul ya Bint!!!

Pejam celik, pejam celik, nak exam final dah. bittaufik wannajah!!Kira2 dalam semester lebih sahaja kita di sini, nak tanya tentang something yang kita tak sedar ianya berlaku dalam diri kita, tapi sebenarnya berlaku.

Dengar sahabat2 ya, untuk empunya diri juga, apa usaha dakwah yang kita sumbangkan di kampus ini. Di kampus pun tidak, apatah lagi di luar, bandar, kampung kita. Kerja-kerja dakwah ni bukan setakat laksanakan program yang menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit tetapi, kerja yang tidak bergaji ini sentiasa berjalan dan tanpa henti seperti trackmark syarikat telekomunikasi ‘berbual tanpa henti’. Susah ke nak jadi da’ie nie?. Jawapannya hanya ada pada individu itu sendiri.

Teringat waktu tahun mula2 masuk UKM ni,

Senior: “Adik free tak hujung minggu nie? Hujung minggu nie kita akan round ‘kampus ke kampus’ untuk tengok2 gelagat mahasiswa UKM. Di samping tengok2 tu kita akan edar risalah dan tegur berhikmah. Adik berminat tak nak buat kerja-kerja dakwah macam ni?.”  

Adik junior: “Alaaaah, takut lah kak, adik bukannya baik sangat pun nak tegur. Nanti kawan2 adik kata adik nie skema lah, alim lah. Lagipun adik bukannya pakai tudung labuh macam akak.”

Takut nak tegur ye, kita bukan ada di negara2 jiran yang sukar untuk sampaikan dakwah. Kalau pakai je kopiah dan duduk berkumpul pasti akan dibunuh. Tp, sekarang kita ada di sebuah negara yang aman dalam kampus halaman ilmu. Paling kurang pun kena perli. Nak buat baik ni, mesti tahan telinga dik. Biarlah orang lain nak kata @ mengutuk kita, yang penting tegur mereka yang salah, sebab hukum berdakwah adalah dituntut dalam Islam. Nak berdakwah pun kena tunggu pakai tudung labuh ke?. X dik, asalkan pakaian kita dah menutup aurat 2 alhamdulillah, yang penting kita sampaikan kebenaran

Aduhai adik!. Inilah fenomena yang sering kita lihat, dengar dan tahu. Inilah akibatnya kalau kerja berdakwah ni orang yang belajar subjek dakwah je yang kena, budak Pengajian Islam je lah, ustaz n ustazah la, imam muda bijak, ustazah pilihan petah berkata-kata, habis 2 orang lain tak payah nak berdakwah, come on lah sahabat2, buka minda u all., semua orang wajib berdakwah@ckp@ajak buat baik, tak payah bagi alasan yang mcm2..bila fenomena berdakwah ni tak berlaku di kampus, maka akan kelihatan masyarakat2 yang sakit khususnya mahasiswa yang tak kenal hukum halal haram.

Lihat je sekarang, macam2 fesyen berpakaian dalam kalangan mahasiswa sehinggakan mengalahkan para pensyarah kita yang bergaji besar, aurat entah ke mana, sayang sangat2, muka comei dah, aurat??. Apabila soal aurat pun tak terjaga, maka hal ehwal sosial yang negatif akan menjadi-jadi, so, ini lah pentingnya berdakwah di lapangan, tok seh nk takut kene label ‘warak’, ‘alimnye dia’, malulah nak berdakwah, takut kene ejek dengan member2 kuliah, yang penting kita dah sampaikan kebenaran walaupun 1 ayat.

Salam baiti_jannati

Rintihanku Ya Rabb










Duhai Allah yang Penyayang...
kasihMu tiada tandingan...
Terangi hati yang laghah dan dosa...
Tenangkanlah jiwa yang gelisah...

Duhai Allah...duhai Allah...
Rinduku hanya milikMu...
Dekatkanlah daku denganMu....
Ya Allah...jangan tinggalkan daku...

Duhai Allah yang Kuasa...
CintaMu mulia alangkan indahnya...
Sirami hati yang lelah resah...
Terjuni jiwa yang gelisah...









Wednesday 30 November 2011

Tuntutan Dakwah

Kewajipan berdakwah tidak terhad kepada golongan ustaz dan ustazah sahaja. Setiap orang dituntut oleh agama untuk berdakwah kerana dakwah adalah keperluan bagi semua orang untuk meraih kepentingan di dunia dan juga akhirat. Kenapa kita mesti berdakwah?. Ini kerana beberapa faktor iaitu,
1. Masyarakat yang sakit
2. Kejahilan manusia
3. Amanah Allah
4. Pertarungan yang tidak berkesudahan
5. Islam tersebar melalui manusia
6. Menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah
(Rujukan: Ab. Aziz Mohd. Zin; Pengantar Dakwah Islamiah)

Atas sebab-sebab tersebut, kepentingan berdakwah adalah terletak pada semua orang untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. 

Kebelakangan ini, kehidupan mahasiswa di kampus sangat terikat dengan pelbagai aktiviti dan program. Tidak hairan juga yang sibuk dengan asyik menelaah buku pelajaran berjam-jam di library dengan tugasan pensyarah yang bertimbun-timbun banyaknya sekiranya menangguh kerja menjadi tabiat kita di kampus. 

Masalah yang berlaku ini tidak menghalang mahasiswa untuk turun padang, bukan untuk bermain bola sepak tetapi untuk turun padang bersama-sama mendekati mahasiswa yang dahagakan kepada nur Islam. Isu pertama yang akan diterokai penulis adalah soal warak @ skema di kalangan mahasiswa yang aktif dengan kerja-kerja dakwah. 

InsyaAllah, isu yang pertama ini akan dikongsi bersama sahabat2 sekalian pada cebisan yang akan datang. 

note: Doakan program motivasi bersama Sekolah Henry Gurney pada esk pg berjalan lancar dan usaha untuk mendekati mad'u dipermudahkanNya.