Ya Allah, Engkau pandanglah wajah2 & hati2 kami yang hina ini Ya Allah..sekiranya kami tidak layak wpun selangkah masuk ke syurgaMu Ya Allah, tp janganlah Ya Allah Engkau campakkan kami ke dalam nerakaMu..sesungguhnya kami tdk mmpu menahan azab seksa nerakaMu..Ya Allah, kasihanilah dan rahmatilah kami & keluarga kami, agar dgn berkat kasih sayangMu, Engkau masukkan kami & keluarga kami ke dalam syurgaMu...amin ya Rabb

Wednesday 30 November 2011

Tuntutan Dakwah

Kewajipan berdakwah tidak terhad kepada golongan ustaz dan ustazah sahaja. Setiap orang dituntut oleh agama untuk berdakwah kerana dakwah adalah keperluan bagi semua orang untuk meraih kepentingan di dunia dan juga akhirat. Kenapa kita mesti berdakwah?. Ini kerana beberapa faktor iaitu,
1. Masyarakat yang sakit
2. Kejahilan manusia
3. Amanah Allah
4. Pertarungan yang tidak berkesudahan
5. Islam tersebar melalui manusia
6. Menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah
(Rujukan: Ab. Aziz Mohd. Zin; Pengantar Dakwah Islamiah)

Atas sebab-sebab tersebut, kepentingan berdakwah adalah terletak pada semua orang untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. 

Kebelakangan ini, kehidupan mahasiswa di kampus sangat terikat dengan pelbagai aktiviti dan program. Tidak hairan juga yang sibuk dengan asyik menelaah buku pelajaran berjam-jam di library dengan tugasan pensyarah yang bertimbun-timbun banyaknya sekiranya menangguh kerja menjadi tabiat kita di kampus. 

Masalah yang berlaku ini tidak menghalang mahasiswa untuk turun padang, bukan untuk bermain bola sepak tetapi untuk turun padang bersama-sama mendekati mahasiswa yang dahagakan kepada nur Islam. Isu pertama yang akan diterokai penulis adalah soal warak @ skema di kalangan mahasiswa yang aktif dengan kerja-kerja dakwah. 

InsyaAllah, isu yang pertama ini akan dikongsi bersama sahabat2 sekalian pada cebisan yang akan datang. 

note: Doakan program motivasi bersama Sekolah Henry Gurney pada esk pg berjalan lancar dan usaha untuk mendekati mad'u dipermudahkanNya.