Ya Allah, Engkau pandanglah wajah2 & hati2 kami yang hina ini Ya Allah..sekiranya kami tidak layak wpun selangkah masuk ke syurgaMu Ya Allah, tp janganlah Ya Allah Engkau campakkan kami ke dalam nerakaMu..sesungguhnya kami tdk mmpu menahan azab seksa nerakaMu..Ya Allah, kasihanilah dan rahmatilah kami & keluarga kami, agar dgn berkat kasih sayangMu, Engkau masukkan kami & keluarga kami ke dalam syurgaMu...amin ya Rabb

Sunday 11 December 2011

Takut lah kak!!!



Pelik memang pelik. Pelik tapi benar-benar berlaku. ‘Menara gading’ yang diimpikan sudah dijejaki. Hanya insan terpilih dan layak sahaja mampu menjejakkan kaki di sini. Bumi UKM yang indah lagi mempersonakan. Alhamdulillah, syukur kepadaNya. Hati ini kadang-kadang berdetik benar @ tidak diri ini berada di tahun akhir pengajian. Pasti betul ya Bint!!!

Pejam celik, pejam celik, nak exam final dah. bittaufik wannajah!!Kira2 dalam semester lebih sahaja kita di sini, nak tanya tentang something yang kita tak sedar ianya berlaku dalam diri kita, tapi sebenarnya berlaku.

Dengar sahabat2 ya, untuk empunya diri juga, apa usaha dakwah yang kita sumbangkan di kampus ini. Di kampus pun tidak, apatah lagi di luar, bandar, kampung kita. Kerja-kerja dakwah ni bukan setakat laksanakan program yang menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit tetapi, kerja yang tidak bergaji ini sentiasa berjalan dan tanpa henti seperti trackmark syarikat telekomunikasi ‘berbual tanpa henti’. Susah ke nak jadi da’ie nie?. Jawapannya hanya ada pada individu itu sendiri.

Teringat waktu tahun mula2 masuk UKM ni,

Senior: “Adik free tak hujung minggu nie? Hujung minggu nie kita akan round ‘kampus ke kampus’ untuk tengok2 gelagat mahasiswa UKM. Di samping tengok2 tu kita akan edar risalah dan tegur berhikmah. Adik berminat tak nak buat kerja-kerja dakwah macam ni?.”  

Adik junior: “Alaaaah, takut lah kak, adik bukannya baik sangat pun nak tegur. Nanti kawan2 adik kata adik nie skema lah, alim lah. Lagipun adik bukannya pakai tudung labuh macam akak.”

Takut nak tegur ye, kita bukan ada di negara2 jiran yang sukar untuk sampaikan dakwah. Kalau pakai je kopiah dan duduk berkumpul pasti akan dibunuh. Tp, sekarang kita ada di sebuah negara yang aman dalam kampus halaman ilmu. Paling kurang pun kena perli. Nak buat baik ni, mesti tahan telinga dik. Biarlah orang lain nak kata @ mengutuk kita, yang penting tegur mereka yang salah, sebab hukum berdakwah adalah dituntut dalam Islam. Nak berdakwah pun kena tunggu pakai tudung labuh ke?. X dik, asalkan pakaian kita dah menutup aurat 2 alhamdulillah, yang penting kita sampaikan kebenaran

Aduhai adik!. Inilah fenomena yang sering kita lihat, dengar dan tahu. Inilah akibatnya kalau kerja berdakwah ni orang yang belajar subjek dakwah je yang kena, budak Pengajian Islam je lah, ustaz n ustazah la, imam muda bijak, ustazah pilihan petah berkata-kata, habis 2 orang lain tak payah nak berdakwah, come on lah sahabat2, buka minda u all., semua orang wajib berdakwah@ckp@ajak buat baik, tak payah bagi alasan yang mcm2..bila fenomena berdakwah ni tak berlaku di kampus, maka akan kelihatan masyarakat2 yang sakit khususnya mahasiswa yang tak kenal hukum halal haram.

Lihat je sekarang, macam2 fesyen berpakaian dalam kalangan mahasiswa sehinggakan mengalahkan para pensyarah kita yang bergaji besar, aurat entah ke mana, sayang sangat2, muka comei dah, aurat??. Apabila soal aurat pun tak terjaga, maka hal ehwal sosial yang negatif akan menjadi-jadi, so, ini lah pentingnya berdakwah di lapangan, tok seh nk takut kene label ‘warak’, ‘alimnye dia’, malulah nak berdakwah, takut kene ejek dengan member2 kuliah, yang penting kita dah sampaikan kebenaran walaupun 1 ayat.

Salam baiti_jannati

No comments:

Post a Comment