Ya Allah, Engkau pandanglah wajah2 & hati2 kami yang hina ini Ya Allah..sekiranya kami tidak layak wpun selangkah masuk ke syurgaMu Ya Allah, tp janganlah Ya Allah Engkau campakkan kami ke dalam nerakaMu..sesungguhnya kami tdk mmpu menahan azab seksa nerakaMu..Ya Allah, kasihanilah dan rahmatilah kami & keluarga kami, agar dgn berkat kasih sayangMu, Engkau masukkan kami & keluarga kami ke dalam syurgaMu...amin ya Rabb

Tuesday 20 December 2011

cinta 'ku' kecewa


Hubby Honey, Abi Ummi, Papa Mama, Abang Sayang, Baby Anja dan sebagainya adalah istilah yang sering di dengar oleh sepasang kekasih yang hangat bercinta dan berkasih-kasihan.

Luahan seorang sahabat yang pernah dikenali,
Tidak pernah diduga, hati ku dicuri oleh seseorang yang bernama lelaki…mulanya hati ku berat untuk terima lamaran namun dek takutkan jodoh x kesampaian, ku terima jua lamaran lelaki e2…ku dan dia mula declare ku dan dia sepasang kekasih

Dahulunya, ku seorang yang rajin belajar, ke library, discussion bersama kawan2, makan bersama kawan2, akhirnya ku berubah dari seseorang kepada seseorang yang lain

Di awal perkenalan ku dan dia….

Kasih sayang dicurahkan buat sang kekasih…pergi mane sahaja nampak mereka berdua...mkn, library, naik motor, pergi taman rekreasi menjadi tempat singgahan sang kekasih…kawan2 yang rapat dulunya tidak dihiraukan lagi…

Ku pernah cerita pada sambutan hari lahirnya, si dia celebrate birthday ku “Happy birthday sayang….just for u….muahhhhh n this is for u honey…thank’s hubby….i love u so much…segala-galanya untuk u sayang…”



Bila kasih sayang dicurahkan sepenuhnya untuk si dia, masa diluangkan untuk dia, duit pinjaman PTPTN perhabis untuk dia…dan segala-galanya adalah untuk dia…

Kecewa pun bertandang…


Ku sangkakan hujan hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengahari. Impian dan janji manis yang diungkapkan si dia utk jadikan ku permaisuri hatinya lebur tatkala diriku sangat menyintainya…oh TUHAN
Sayang seribu kali sayang. Murahnya harga seorang wanita kepada lelaki yang baru sehari 2 dikenali. Menyayangi 100% seseorang yang baru hadir dalam hidupnya melebihi ibu bapanya. Kasih sayang dan cinta yang baru berputik telah membutakan mata wanita tentang halal dan haram serta batasan syari’at agama.

Impian belajar di IPTA adalah impian dan harapan ibu bapa untuk melihat anak-anak mendapat segulung ijazah dan kerjaya yang baik untuk membalas jasa ibu bapa yang banyak berkorban untuk kita dan menjadi kebanggaan adik-adik yang lain. Sayang seribu kali sayang. Impian tersebut terbantut di pertengahan jalan dalam mengejar impian.


Anggaplah ia satu ujian yang Allah dah tetapkan untuk hambaNya. Ujian yang datang adalah bukti kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bertaubatlah selagi ada masa dan kesempatan. InsyaAllah, Allah Maha Penerima Taubat pada hambaNya yang benar-benar Ikhlas. Firman Allah s.w.t ayat az-Zumar (39: 53):

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Janganlah mudah untuk menabur janji pada seseorang yang belum pasti milik kita, jangan pula menyerah harga dan maruah diri pada yang bukan suami kita dan jangan percaya 100% seseorang yang baru dikenali dalam hidup kita. Jangan takut tiada jodoh untuk kita tapi percayalah jodoh, ajal dan pertemuan adalah ketentuan Allah Yang Esa. Biarlah kita menangis dengan menginsafi segala khilaf kita dan jangan kita menangis kerana kelalaian kita.




No comments:

Post a Comment