1. Masyarakat yang sakit
2. Kejahilan manusia
3. Amanah Allah
4. Pertarungan yang tidak berkesudahan
5. Islam tersebar melalui manusia
6. Menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah
(Rujukan: Ab. Aziz Mohd. Zin; Pengantar Dakwah Islamiah)
Atas sebab-sebab tersebut, kepentingan berdakwah adalah terletak pada semua orang untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.
Kebelakangan ini, kehidupan mahasiswa di kampus sangat terikat dengan pelbagai aktiviti dan program. Tidak hairan juga yang sibuk dengan asyik menelaah buku pelajaran berjam-jam di library dengan tugasan pensyarah yang bertimbun-timbun banyaknya sekiranya menangguh kerja menjadi tabiat kita di kampus.
Masalah yang berlaku ini tidak menghalang mahasiswa untuk turun padang, bukan untuk bermain bola sepak tetapi untuk turun padang bersama-sama mendekati mahasiswa yang dahagakan kepada nur Islam. Isu pertama yang akan diterokai penulis adalah soal warak @ skema di kalangan mahasiswa yang aktif dengan kerja-kerja dakwah.
InsyaAllah, isu yang pertama ini akan dikongsi bersama sahabat2 sekalian pada cebisan yang akan datang.
note: Doakan program motivasi bersama Sekolah Henry Gurney pada esk pg berjalan lancar dan usaha untuk mendekati mad'u dipermudahkanNya.
No comments:
Post a Comment