Ya Allah, Engkau pandanglah wajah2 & hati2 kami yang hina ini Ya Allah..sekiranya kami tidak layak wpun selangkah masuk ke syurgaMu Ya Allah, tp janganlah Ya Allah Engkau campakkan kami ke dalam nerakaMu..sesungguhnya kami tdk mmpu menahan azab seksa nerakaMu..Ya Allah, kasihanilah dan rahmatilah kami & keluarga kami, agar dgn berkat kasih sayangMu, Engkau masukkan kami & keluarga kami ke dalam syurgaMu...amin ya Rabb

Thursday 22 December 2011

Rawat Hati


Satu hari…aku berjalan…
Mencari nikmat kehidupan….
Di dunia….yang aman dan tenang…
Beribadah kepada Allah….

Hidup di dunia hanya sementara…
Carilah ilmu yang berguna…

Meskipun jauh dari saudara…
Ayahanda bonda dan keluarga…
Hati rindu x terkira…
Demi ilmu ku tempuhi jua…

Berusaha tanpa erti jemu…
Hidupmu berjaya diredhai Allah….

Di sini ku kenal erti sahabat…
Memberi dan menerima kata sepakat
Untuk membimbing sesama umat…
Demi saudara dunia akhirat…

Kerjasama bantu-membantu
Hidup berdikari amalan yang mulia

Kerinduan pada insan yang tersayang. Usaha dan perjuangan mesti diteruskan. Ingat kembali saat melangkah ke UKM. Sedih, ada sahabat2 yang tidak bersama ketika itu. 

Tarikh 28 Jun 2009 merupakan tarikh aku mendaftarkan diri di UKM sesi 2009/2010. Hampir 3 tahun berlalu. Doa, impian dan harapan sentiasa tertanam dalam diri.

Alhamdulillah, pahit manis menuntut ilmu ditempuhi walaupun dada terasa sesak dengan timbunan kerja, masalah yang berkunjung tiba, ragam sahabat sekuliah yang bermacam-macam.Namun, dengan berkat usaha, semangat dan kata-kata perangsang menjadi kekuatan diri untuk terus berjuang. Syukur ya Allah.

Jauh perjalanan, luas pemandangan, dari jauh datang semata-mata untuk belajar di perantauan. Kerinduan pada keluarga tidak dapat dielakkan, kerisauan pada ayah bonda hanya doa ditadahkan. Ampunkan mereka Tuhan. Perjuangan di rantauan orang mesti utuh dan padu dalam mencapai segulung ijazah yang diimpikan.

Harapan dan impian ayah bonda untuk melihat anak-anaknya berjaya dan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Doa kalian tetap ku dampakan dalam meniti perjuangan di arena ini. Tanpa doa dan restumu ayah dan bonda, gelaplah duniaku. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun berlalu tanpa ku sedari.

Kegembiraan dan kebahagiaan terpancar di wajah ayah dan bonda tatkala menatap wajah anak yang dikasihinya berjaya dan terus berjaya. Kuatkan semangat wahai anakku. Walaupun ayah dan bonda tidak berpelajaran tinggi sepertimu, tapi, ayah dan bonda berbangga dapat melihatmu berjaya di menara gading. Penat lelah, jerit payah ayah dan bonda terbayar dengan kejayaanmu.


Buat sahabat2 sekalian, selagi ada masa dan kesempatan di arena ini, berjuanglah!!!.Bayangkan wajah ayah dan bonda tatkala menanti kepulangan kita dengan segulung ijazah bermakna buat mereka. Gembirakanlah hati mereka berdua dengan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Pohonlah keampunan buat mereka di sana bagi yang sudah tidak ada ibu dan ayah.  



Salam Imtihan buat kalian. Ampun dan maaf dipinta andai ada khilaf dalam berbicara.

No comments:

Post a Comment